Jun 5, 2009

Sejarah Tabligh Malaysia


Gerakan Jamaah Tabligh diasaskan oleh Maulana Muhammad Ilyas (1885-1944). Beliau dilahirkan dan dibesarkan di Kandhela serta menerima pendidikan awalnya di Kuttab sekitar tahun 1896 bersama-sama abangnya Muhammad Yahya.

Sejarah kemunculan gerakan ini bermula di Mewat apabila beliau menubuhkan madrasah-madrasah untuk mendidik orang-orang di situ. Tetapi oleh kerana kurang sambutan maka dibentuknya sebuah jemaah yang bertugas untuk bertabligh dan melawat tempat-tempat tertentu selama beberapa hari. Selepas kematian abangnya iaitu Muhammad Yahya, pusat kegiatannya lalu berpindah ke Masjid Bangle Wali, Nizamuddin, New Delhi. Semenjak inilah gerakan Jamaah Tabligh terkenal ke seluruh India.

Di Malaysia pada mulanya gerakan Jamaah Tabligh berkembang di kalangan orang-orang India Muslim sahaja. Tokoh yang memperkenalkan gerakan ini ialah Maulana Abdul Malik Madani, yang datang ke Singapura dan Selangor sekitar tahun
1952 sebagai utusan dari markasnya di Nizamudin sendiri. Dari Singapura, beliau lalu datang ke Kuala Lumpur selama beberapa hari dan berangkat ke Ipoh dan Pulau Pinang lalu kembali ke Kuala Lumpur dan terus pulang ke India melalui Singapura.

Semasa di Kuala Lumpur beliau disambut oleh beberapa orang tokoh India Muslim seperti Dato' Daud Ahmad Merican, T. K. S Abdul Majeed dan S. O. K Ubaidullah. Melalui bantuan Imam Masjid India di Kuala Lumpur ketika itu, iaitu Mohamed Syed, Maulana Abdul Malik dapat menerangkan program tablighnya kepada orang-orang India-Muslim di sini.

Demikianlah sepanjang tahun 1950-1960 kegiatan Jamaah Tabligh ini tertumpu kepada kaum India Muslim sahaja. Namun begitu mulai tahun 1970-an bermulalah tahap yang kedua dalam sejarah Jamaah Tabligh di Malaysia iaitu apabila kegiatannya turut melibatkan orang-orang Melayu di dalamnya.

17 comments:

  1. Mana dapat gambar maulana ilyas ni? betul ker?

    ReplyDelete
  2. gambar di ambil kat nizamudin bazar...depan markaz...gambar siapa pun ada...

    ReplyDelete
  3. salam, boleh tak tolong alihkan gambar Maulana tu, klu elders tau tentu diorg sngat kesal dgn tindakan tuan ni. Kat istima hari tu Maulana sangat tegas melarang ambil gambar walaupun hanya utk simpanan peribadi, tuan buat ni utk paparan dunia. Maaf klu kasar sikit. Jazakallah

    ReplyDelete
  4. tuan saya merayu dengan rendah diri tolong jangan paparkan pada umum gambar eldest kita..sedangkan karkun tempatan pun kesal dengan tindakan tuan inikan pulak eldest kita

    ReplyDelete
  5. terima kasih...photo sudah dialihkan

    ReplyDelete
  6. boleh tak send gambar maulana ilyas kepada ana

    ReplyDelete
  7. cuba buka laman web nie...olong bagi sedikit komen tentang blog nie ya...http://laptopdarulfiqh.blogspot.com/2006/12/mengapa-aku-meninggalkan-jemaah.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mamat tu sakit jiwa dan tak pandai menilai.

      Delete
  8. Inzar Dari Syeikh Hakeem Tajudin Awwab Kepada Semua Pendengar

    –> Dakwah Jahiliyyah
    –> Jihad Nafsu

    ReplyDelete
  9. kena betulkan balik....Gerakan Jamaah Tabligh diasaskan Rasululah SAW dan Para Sahabat...Bukan Ulama' yang hang sebutkan tu....Dia hanya menghidupkan kembali sahaja..

    ReplyDelete
  10. Jemaah tabligh telah terbatal dgn kematian MAulana Inamul Hassan. Jemaah tabligh yg masih ada sekarang adalah tabligh PAkistan atau juhalah Abu Hanifah (Penjahil2 Mazhab Abu Hanifah). Mereka adalah pendakwah di pintu jahannam. Sila dengar bayan Syaikh Hakeem Tajuddin di www.asrothusaah.com.

    Tq.

    ReplyDelete
  11. Prince of Mongol berkata, "MEREKA PENDAKWAH TABLIGH ITU ADALAH PENDAKWAH DI PINTU JAHANNAM DAN PENJAHIL MAZHAB ABU HANIFAH."

    Adakah anda masih beriman pada al Qur'an dengan menuduh orang lain JAHANNAM tanpa usul periksa kerana Allah berfirman di dalam Surah al Humazah ayat 1,

    “KECELAKAAN YANG BESAR bagi tiap-tiap pencaci dan pencela.”

    Ibn ‘Abbas berkata: “al-Humazah bermaksud orang yang mencela, manakala al-Lumazah bermaksud orang suka meng’aibkan orang lain"

    Tuduhan JAHIL dan JAHANNAM anta itu apa asasnya? Jika anta lelaki yang berhemah mari kita bermuhasabah untuk mendapat hakikatnya.

    Ingatlah celaan daripada seseorang itu AMAT MUDAH KEMBALI KEPADA PENCELA ITU sendiri.

    ReplyDelete
  12. assalamualaikum,

    ana singgah ziarah saudara2 di sini sheikh.
    tahniah.

    ReplyDelete
  13. salam,

    kepada Muhammad Hanif Abdul Hamid.saya cadangkan anda baca pengakuan taubat bekas karkun tabligh(otai) dlm blog di bawah.

    http://jamaluddinab.blogspot.com/2011/02/peringatan-sebelum-membaca-artikel.html

    ReplyDelete