Showing posts with label iman. Show all posts
Showing posts with label iman. Show all posts

Oct 16, 2009

Ketampanan Nabi Yusuf diuji

Ketampanan Nabi Yusuf diuji

NABI Yusuf ingin hidup tenang dan tenteram di rumah pembesar Mesir. Baginda mendapat sepenuh kepercayaan daripada majikannya untuk menguruskan segala hal-hal rumah tangga mereka dengan penuh keikhlasan, kejujuran tanpa mengharapkan balasan dan sebagainya.

Pertumbuhan fizikal dan mental Nabi Yusuf menjadi seorang pemuda yang cukup tampan dan gagah telah menarik perhatian isteri pembesar Mesir tersebut.

Zulaikha sangat tertawan melihat ketampanan Yusuf. Dia selalu menggoda Yusuf dengan pelbagai cara sama ada secara terang ataupun tersembunyi. Pantang ada kesempatan, maka akan digunakan oleh Zulaikha dengan sepenuhnya.

Setiap hari dia akan berpakaian cantik dan memakai wangi-wangian semata-mata untuk menggoda Nabi Yusuf agar terpikat kepadanya.

Perbuatan dan tingkah laku Zulaikha yang selalu menggoda Yusuf itu lama-kelamaan menjadi buah mulut penduduk Mesir.

Sebagai isteri kepada orang yang sangat berpengaruh, Zulaikha terasa sangat teruji dan malu dengan perbuatannya sendiri. Dia pun merancang satu strategi untuk menutup perbuatannya.

Pada suatu hari, dia telah memanggil rakan-rakannya yang terdiri daripada isteri-isteri pembesar dan kaum-kaum wanita yang berpengaruh di daerah itu untuk menjamu mereka di rumahnya.

Setiap tetamu yang datang akan diberikan tempat duduk yang sangat selesa kepada mereka dan dihidangkan dengan makanan yang lazat serta sebilah pisau setiap seorang untuk memotong makanan itu.

Apabila semua tetamu telah sampai, Zulaikha pun mempersilakan mereka makan.

Sedang tetamu-tetamunya asyik makan, Zualikha memerintahkan Nabi Yusuf supaya keluar dan berjalan di hadapan mereka. Nabi Yusuf pun keluar dan berjalan dari bahagian hadapan hinggalah ke belakang meja itu.

Para wanita yang melihatnya terdiam seketika dan terngangalah mulut masing-masing. Mata mereka bulat memerhatikan ketampanan Yusuf. Tidak kurang juga ada yang menjerit kerana terkejut. Lagipun seumur hidup mereka sebelum ini tidak pernah melihat orang lelaki setampan Nabi Yusuf.

Oleh sebab terlampau terkejut dan terpukau dengan ketampanan Nabi Yusuf, mereka telah memotong jari masing-masing sehingga luka. Sesungguhnya apa yang terjadi itu adalah di luar kawalan mereka.

Zulaikha memerhatikan mereka dengan perasaan suka hati. Dia pun bertepuk tangan dan mengarahkan Nabi Yusuf masuk ke dalam bilik semula. Setelah Nabi Yusuf hilang daripada pandangan, barulah wanita-wanita itu tersedar daripada lamunan dan mula menyedari tangan masing-masing telah terluka.

"Sesungguhnya apa yang kami lihat itu tadi bukanlah manusia tetapi malaikat," kata mereka. Zulaikha pun berkata: Kamu telah melukai tangan masing-masing, padahal kamu hanya melihatnya sekali sahaja. Tetapi aku melihatnya setiap hari, daripada usianya 12 tahun sehinggalah dia menjadi pemuda yang tampan begini. Jadi salahkah aku kerana menyukainya?"

Pelbagai nasihat yang diberikan oleh wanita-wanita itu tadi supaya Nabi Yusuf menerima cinta Zulaikha. Jika menerima cinta Zulaikha, Yusuf akan mendapat kesenangan hidup dan pelbagai ganjaran yang lain. Namun begitu kata-kata nasihat yang diberikan tidak menarik minat di hati Nabi Yusuf.

Baginda berdoa kepada Allah agar dirinya ditetapkan iman dan tidak terpengaruh dengan godaan wanita-wanita itu. "Ya Tuhanku, sesungguhnya aku lebih rela dipenjarakan kerana sekiranya berada di luar aku bimbang akan terpaksa menurut hawa nafsu wanita-wanita itu. Lindungilah aku wahai Tuhanku daripada rayuan dan tipu daya mereka," ucap baginda.

Pembesar Mesir mengetahui hal itu, tetapi dia tidak dapat berbuat apa-apa. Demi menyelamatkan keadaan, dia telah menurut kata isterinya supaya memenjarakan Nabi Yusuf. Akhirnya tinggallah Nabi Yusuf dalam penjara.

Oct 6, 2009

Sahabat

Seorang sahabat mestilah menjaga adab-adab terhadap sahabatnya, iaitu :

1. Mengutamakan sahabat dengan harta bendanya.
Jikalau ia tidak kuasa berbuat demikian maka sekurangnya hendaklah ia memberikan kepada sahabatnya apa-apa yang lebih dari hajat dirinya.

2. Menolong sahabat dengan diri pada segala hajatnya dengan cara bersegera, sebelum brkehendak sahabatnya bahawa ia meminta tolong akan dia.

3. Menyembunyikan rahsia sahabatnya.

4. Menutup keaiban sahabatnya.

5. Berdiam daripada menyampaikan perkata orang lain yang mencela sahabatnya.

6. Menyampaikan segala perkataan orang lain yang memuji akan sahabatnya.

7. Mendengarkan dengan baik akan perkataan sahabat ketika ia bercakap-cakap.

8. Meninggalkan berbantah dengan sahabatnya.

9. Memanggil sahabatnya dengan nama yang terlebih disukainya.

10. Memuji sahabatnya dengan apa yang diketahui daripada kebaikannya.

11. Berterima kasih kepada sahabatnya atas sebarang kebaikannya.

12. Menegahkan orang lain apabila ia mahu mengumpat sahabatnya seperti ia membela dirinya sendiri.

13. Memberi nasihat dengan cara yang lemah lembut dan bahasa yang halus apabila ia berkehendak menasihati sahabatnya.

14. Memaafkan daripada sebarang kesilapan dan kesalahan sahabatnya, maka janganlah ia mencelanya.

15. Mendoakan sahabatnya apabila ia duduk bersendirian, ketika sahabatnya itu masih hidup atau pun setelah ia mati.

16. Mengekalkan kecintaan terhadap keluarga sahabat selepas daripada kematian sahabatnya.

17. Jangan suka memberatkan sahabatnya dengan bebanan dan tanggungjawab, bahkan hendak ia meringankan daripadanya supaya ia sentiasa senang hati kepadanya.

18. Menyatakan rasa kesukaan dengan segala yang menyukakan hati sahabatnya dan juga menyatakan rasa kesusahan pada segala yang menyusahkan hati sahabatnya.

19. Menyamakan antara hakikat kecintaan yang wujud di dalam hati dengan apa yang nampak di luar, maka dengan itu barulah kecintaan itu dianggap benar.

20. Memulakan memberi salam ketika ia menemui sahabatnya.

21. Meluaskan tempat duduk kepada sahabatnya ketika ia masuk ke dalam majlis dan hendaklah ia berpindah daripada tempat duduknya itu ke tempat yang lain ketika ia tidak dapat berbuat demikian.

22. Hendaklah ia bangkit menghantar sahabatnya itu ( sehingga sampai ke pintu rumahnya ) ketika ia keluar dari rumahnya.

23. Hendaklah ia berdiam ketika sahabatnya bercakap-cakap sehingga ia selesai daripada percakapannya dan janganlah ia suka mencelah ketika sahabatnya sedang barcakap-cakap.

Ringkas kata, hendaklah seorang sahabat itu bermuamalah atau bergaul dengan sahabatnya seperti cara yang ia sukai orang lain bermuamalah dengannya. Maka sesiapa yang tidak mencintai untuk sahabatnya akan sesuatu yang ia cintai bagi dirinya sendiri, maka persahabatan masih tidak ikhlas dan masih mempunyai anasir-anasir munafik dan persahabatan itu akan membawa kepada kebinasaan di dunia dan di akhirat. Maka inilah adab-adab yang mesti engkau jaga pada hak saudaramu yang engkau jadi sahabat akan dia.

Ikram Muslimin


Hak sesama Muslim

Dari Abu Hurairah RA beliau berkata bahawa Rasul SAW telah bersabda: "Hak orang muslim atas orang muslim yang lain ada enam perkara; jika engkau bertemu ucaplah salam kepadanya; jika dia memanggilmu, jawablah; jika dia meminta nasihat darimu, berilah dia nasihat; jika dia bersin dan memuji nama Allah, doakanlah baginya; jika dia sakit, ziarahkanlah dia dan jika dia meninggal dunia, iringkanlah jenazahnya".

Keterangan:
Hak orang muslim atau saudaranya
1. Mengucapkan salam jika bertemu sebagai langkah untuk menghormati dan merapatkan lagi hubungan silaturrahim sesama ummat Islam.
2. Menjawab jika memanggil. Perbuatan ini supaya tidak menyakiti saudara kita. Begitulah juga kalaulah kita memangggil saudara kita dan saudara kita tidak menyahut walupun sepatah malah dia pergi dengan selamba aje. Tentulah timbul perasaan yang tak senang di jiwa kita.
3. Memberi nasihat jika diperlukan. Agama Islam juga digelar sebagai nasihat. Ingat memperingati juga diperintah oleh Islam untuk kita melakukannya kerana perbuatan sedemikian memberi manfaat kepada orang-orang yang beriman.
4. Mendoakan kebaikan untuk orang muslim yang bersin dan memuji kepada Allah.
5. Menziarahi orang muslim yang sedang sakit dan berdoalah kepadanya seperti doa"Wahai tuhan manusia, hilangkanlah penderitaan ini, sembuhkanlah sakit, tuhanku yang menyembuhkan penyakitnya, tiada yang menyembuhkan melainkan tuhanku, iaitu sembuh yang tiada meninggalkan kesan penyakit." Ingatlah di antara kelebihan menziarahi orang sakit seperti sebuah hadis yang disabdakan oleh Rasulullah SAW yang bermaksud: "Seseorang muslim apabila ia menziarahi saudaranya yang muslim itu, bermakna dia berada di dalam kebun syurga sehinggalah dia kembali ke tempatnya".
6. Mengiringi jenazah orang muslim ke kubur sehingga selesai dikebumikan.

Fadhilat Jihad....


Firman Allah SWT:

وَالَّذِينَ آمَنُوا وَهَاجَرُوا وَجَاهَدُوا فِي سَبِيلِ اللَّهِ وَالَّذِينَ آوَوا وَنَصَرُوا أُوْلَئِكَ هُمْ الْمُؤْمِنُونَ حَقّاً لَهُمْ مَغْفِرَةٌ وَرِزْقٌ كَرِيمٌ * وَالَّذِينَ آمَنُوا مِنْ بَعْدُ وَهَاجَرُوا وَجَاهَدُوا مَعَكُمْ فَأُوْلَئِكَ مِنْكُمْ وَأُوْلُوا الأَرْحَامِ بَعْضُهُمْ أَوْلَى بِبَعْضٍ فِي كِتَابِ اللَّهِ إِنَّ اللَّهَ بِكُلِّ شَيْءٍ عَلِيمٌ

Dan orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad pada jalan Allah (untuk membela Islam), dan orang-orang Ansar yang memberi tempat kediaman dan pertolongan (kepada orang-orang Islam yang berhijrah itu), merekalah orang-orang yang beriman dengan sebenar-benarnya. Mereka beroleh keampunan dan limpah kurnia yang mulia.

Dan orang-orang yang beriman sesudah itu, kemudian mereka berhijrah dan berjihad bersama-sama kamu, maka adalah mereka dari golongan kamu. Dalam pada itu, orang-orang yang mempunyai pertalian kerabat, setengahnya lebih berhak atas setengahnya yang (lain) menurut (hukum) Kitab Allah; sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.

(Al-Anfal: 74-75)



وَالسَّابِقُونَ الأَوَّلُونَ مِنْ الْمُهَاجِرِينَ وَالأَنصَارِ وَالَّذِينَ اتَّبَعُوهُمْ بِإِحْسَانٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمْ وَرَضُوا عَنْهُ وَأَعَدَّ لَهُمْ جَنَّاتٍ تَجْرِي تَحْتَهَا الأَنْهَارُ خَالِدِينَ فِيهَا أَبَداً ذَلِكَ الْفَوْزُ الْعَظِيمُ

Maksudnya:

Dan orang-orang yang terdahulu yang mula-mula (berhijrah dan memberi bantuan) dari orang-orang Muhajirin dan Ansar, dan orang-orang yang menurut (jejak langkah) mereka dengan kebaikan (iman dan taat), Allah redha akan mereka dan mereka pula redha akan Dia, serta Dia menyediakan untuk mereka Syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya. Itulah kemenangan yang besar.

(At-Taubah: 100)




الَّذِينَ آمَنُوا وَهَاجَرُوا وَجَاهَدُوا فِي سَبِيلِ اللَّهِ بِأَمْوَالِهِمْ وَأَنفُسِهِمْ أَعْظَمُ دَرَجَةً عِنْدَ اللَّهِ وَأُوْلَئِكَ هُمْ الْفَائِزُونَ * يُبَشِّرُهُمْ رَبُّهُمْ بِرَحْمَةٍ مِنْهُ وَرِضْوَانٍ وَجَنَّاتٍ لَهُمْ فِيهَا نَعِيمٌ مُقِيمٌ * خَالِدِينَ فِيهَا أَبَداً إِنَّ اللَّهَ عِنْدَهُ أَجْرٌ عَظِيمٌ

Maksudnya:

Orang-orang yang beriman dan berhijrah
serta berjihad di jalan Allah dengan harta benda dan diri mereka, adalah lebih tinggi darjatnya di sisi Allah, dan itulah orang-orang yang mendapat kemenangan. Mereka digembirakan oleh Tuhan mereka dengan pemberian rahmat daripadanya dan keredhaan serta Syurga, mereka beroleh di dalam Syurga itu nikmat kesenangan yang kekal. Mereka kekal di dalamnya selama-lamanya. Sesungguhnya Allah, menyediakan di sisiNya pahala yang besar

(at-Taubah: 20-22)

Sep 23, 2009

puasa sunat bulan syawal

Islam merupakan agama yang sesuai dengan fitrah manusia dan sesuai sepanjang masa dan tempat.Islam bukan agama yang hanya berkaitan dengan perkara akhirat dan ibadat sahaja tetapi juga meliputi kesemua aspek kehidupan termasuk ekonomi, kekeluargaan, politik, pemerintahan dan sebagainya. Kesemuanya itu berkait rapat dengan akhirat agar umatnya tidak leka dan terbabas daripada syariat Islam yang sebenar. Begitulah juga Islam merayakan hajat umatnya di dalam memenuhi waktu lapang dan gembira. Jika dalam agama lain ada perayaan, begitu juga dalam Islam adanya perayaan yang mana Allah telah mensyariatkan untuk umatnya 2 perayaan yang besar yang bersangkut dengan 2 ibadat yang utama dalam Islam. Eidul Fitri di sambut selepas umat Islam selesai di dalam menjalankan ibadat puasa selama sebulan di bulan Ramadhan, manakala Eidul Adha dirayakan selepas para hujjaj menunaikan rukun yang utama dalam ibadat haji yaitu wuquf di Arafah.

Pensyariatan perayaan dalam Islam adalah bertujuan untuk mengingati segala nikmat Allah dan kelebihannya. Ia juga bertujuan untuk menautkan hati-hati para mukmin dan mengukuhkan lagi ikatan ukhwah Islamiah sesama mereka. Ini dapat dilihat apabila kita turut diwajibkan untuk memberi zakat kaum fakir miskin. Terbitnya anak bulan Syawal merupakan tanda kemenangan bagi para muslimin yang menunaikan ibadat puasa dengan penuh keikhlasan. Ini bertepatan dengan maksud sabda Rasulullah S.A.W : Bagi orang yang berpuasa dua kegembiraan. Gembira ketika berbukanya dan gembira ketika menemui Tuhannya.

Eidil Fitri yang mula disyariatkan pada tahun kedua hijrah merangkumi perasaan gembira dan sedih. Sedih kerana berpisah dengan Ramadhan yang mana di dalamnya dibersihkan diri daripada dosa dan mendidik hati agar sentiasa ikhlas dalam melakukan ibadat. Perasaan gembira pula kerana berjaya menunaikan ibadat puasa yang telah difardhukan kepada kita. Perasaan gembira ini dapat dirasai lagi apabila kita benar-benar memahami hadis Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Sesungguhnya Allah turun pada kedua hari raya ke bumi maka hendaklah kamu menzahirkan daripada rumah-rumah agar rahmat mengiringi kamu.Begitu juga dengan satu lagi hadis yang bermaksud:Apabila tibanya hari raya eidil fitri telah berdiri malaikat pada pintu-pintu jalan-jalan sambil mereka menyeru : Tujulah wahai kaum muslimin kepada Tuhan Yang maha mulia mengharapkan kebaikan, kemudian memakaikan kepadaNya kemuliaan. Sesungguhnya kamu diperintah supaya mendirikan malam maka kamu telah menunaikannya. Kamu diminta supaya berpuasa pada siang hari maka kamu mentaati Tuhan kamu maka ambillah ganjaran-ganjaran kamu. Maka apabila mereka sembahyang nescaya menyeru tuhan yang diseru melainkan adalah Tuhan kamu sesungguhnya telah mengampuni kamu maka kembalilah kamu dalam keadaan diberi petunjuk kepada perjalanan kamu maka ia merupakan hari pemberian.Daripada hadis-hadis ini kita dapat faham bahawa Islam menyuruh kita menampakkan kegembiraan dengan kedatangan hari raya kerana ia merupakan anugerah daripada Allah dalam membalas segala ketaatan dan ibadat yang telah ditunaikan.

Dalam menyambut hari raya kita jangan lupa kepada mereka yang memerlukan pertolongan dan juga mereka yang merayakan dengan penuh kesusahan dan penderitaan akibat daripada kezaliman yang berlaku ke atas diri mereka seperti saudara seislam kita di Palestin, Iraq, Kosovo dan sebagainya. Ingatlah kepada peringatan Rasullah S.A.W yang mana dengan tegas baginda tidak mengaku umat ke atas mereka yang tidak mengambil tahu tentang diri saudara mereka yang lain. Ingatlah bahawa ikatan iman dan Islam lebih kuat daripada ikatan kekeluargaan dan bangsa.

Dalam kegembiraan menyambut eidul fitri kita janganlah lupa dan alpa dengan apa yang disurun dan dilarang oleh Allah S.W.T. Sebelum Syawal menutup tirai untuk sekian kalinya marilah kita sama-sama menunaikan puasa sunat 6 hari pada bulan Syawal. Jadikan ia sebagai penerus kepada ibadat puasa yang telah kita tunaikan sepanjang Ramadhan yang telah berlalu bersama kelebihannya. Renungilah fadhlilat bagi mereka yang menunaikan puasa sunat dalam bulan Syawal iaitu dalam hadis yang diriwayatkan oleh imam Muslim daripada Abu Ayub bahawa Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Sesiapa yang berpuasa Ramadhan, kemudian dia ikutinya enam hari pada bulan Syawal, adalah dia seperti berpuasa setahun.

Rebutlah peluang yang ada ini sebelum ianya hilang.Puasa enam hari pada bulan Syawal ini hukumnya sunat dan ia boleh dilakukan secara tidak berturut-turut tetapi mestilah dilakukan pada bulan Syawal.

Sep 8, 2009

rahsia dan manfaat solat 5 waktu

Kajian Jabatan Kejuruteraan Bioperubatan Universiti Malaya (UM) mengenai kesan solat ke atas tubuh badan dan kesihatan seseorang. Kajian awalnya mendapati bahawa pergerakan yang dilakukan di dalam ibadat sembahyang yang memberikan kesan bermanfaat ke atas jantung, tulang belakang dan keupayaan ingatan serta perhatian seseorang.
Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam. Fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu yang tidak asing bagi mereka yang terlibat dalam bidang fotografi.

Subuh. Sebagai contoh, pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh. Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi . Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki.. Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) - dalam erti kata lain jaga daripada tidur. Disini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat diawal waktu.. Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.

Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (isyraq & dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor . Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman. Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan . Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya. Orang yang tengah sakit perut ceria tak ?

Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren , iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif. Rahsia warna oren ialah kreativiti . Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu …) . Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita

Menjelang waktu Maghrib , alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah . Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam. Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la …) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang .

Apabila masuk waktu Isyak , alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak . Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan . Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta dimana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan.

Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.

Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam. Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya. Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh.

Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah di’kurniakan’ syariat solat oleh Allah s.w.t tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini. Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t mewajibkan solat ke atas hambanya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukannya . Adalah amat malang sekali bagi kumpulan manusia yang amat cuai dalam menjaga solatnya …?

May 8, 2009

Names of ALLAH

1 Allah (الله) The Greatest Name
2 Ar-Rahman (الرحمن) The All-Compassionate
3 Ar-Rahim (الرحيم) The All-Merciful
4 Al-Malik (الملك) The Absolute Ruler
5 Al-Quddus (القدوس) The Pure One
6 As-Salam (السلام) The Source of Peace
7 Al-Mu'min (المؤمن) The Inspirer of Faith
8 Al-Muhaymin (المهيمن) The Guardian
9 Al-Aziz (العزيز) The Victorious
10 Al-Jabbar (الجبار) The Compeller
11 Al-Mutakabbir (المتكبر) The Greatest
12 Al-Khaliq (الخالق) The Creator
13 Al-Bari' (البارئ) The Maker of Order
14 Al-Musawwir (المصور) The Shaper of Beauty
15 Al-Ghaffar (الغفار) The Forgiving
16 Al-Qahhar (القهار) The Subduer
17 Al-Wahhab (الوهاب) The Giver of All
18 Ar-Razzaq (الرزاق) The Sustainer
19 Al-Fattah (الفتاح) The Opener
20 Al-`Alim (العليم) The Knower of All
21 Al-Qabid (القابض) The Constrictor
22 Al-Basit (الباسط) The Reliever
23 Al-Khafid (الخافض) The Abaser
24 Ar-Rafi (الرافع) The Exalter
25 Al-Mu'izz (المعز) The Bestower of Honors
26 Al-Mudhill (المذل) The Humiliator
27 As-Sami (السميع) The Hearer of All
28 Al-Basir (البصير) The Seer of All
29 Al-Hakam (الحكم) The Judge
30 Al-`Adl (العدل) The Just
31 Al-Latif (اللطيف) The Subtle One
32 Al-Khabir (الخبير) The All-Aware
33 Al-Halim (الحليم) The Forbearing
34 Al-Azim (العظيم) The Magnificent
35 Al-Ghafur (الغفور) The Forgiver and Hider of Faults
36 Ash-Shakur (الشكور) The Rewarder of Thankfulness
37 Al-Ali (العلى) The Highest
38 Al-Kabir (الكبير) The Greatest
39 Al-Hafiz (الحفيظ) The Preserver
40 Al-Muqit (المقيت) The Nourisher
41 Al-Hasib (الحسيب) The Accounter
42 Al-Jalil (الجليل) The Mighty
43 Al-Karim (الكريم) The Generous
44 Ar-Raqib (الرقيب) The Watchful One
45 Al-Mujib (المجيب) The Responder to Prayer
46 Al-Wasi (الواسع) The All-Comprehending
47 Al-Hakim (الحكيم) The Perfectly Wise
48 Al-Wadud (الودود) The Loving One
49 Al-Majid (المجيد) The Majestic One
50 Al-Ba'ith (الباعث) The Resurrector
51 Ash-Shahid (الشهيد) The Witness
52 Al-Haqq (الحق) The Truth
53 Al-Wakil (الوكيل) The Trustee
54 Al-Qawiyy (القوى) The Possessor of All Strength
55 Al-Matin (المتين) The Forceful One
56 Al-Waliyy (الولى) The Governor
57 Al-Hamid (الحميد) The Praised One
58 Al-Muhsi (المحصى) The Appraiser
59 Al-Mubdi' (المبدئ) The Originator
60 Al-Mu'id (المعيد) The Restorer
61 Al-Muhyi (المحيى) The Giver of Life
62 Al-Mumit (المميت) The Taker of Life
63 Al-Hayy (الحي) The Ever Living One
64 Al-Qayyum (القيوم) The Self-Existing One
65 Al-Wajid (الواجد) The Finder
66 Al-Majid (الماجد) The Glorious
67 Al-Wahid (الواحد) The One, the All Inclusive, The Indivisible
68 As-Samad (الصمد) The Satisfier of All Needs
69 Al-Qadir (القادر) The All Powerful
70 Al-Muqtadir (المقتدر) The Creator of All Power
71 Al-Muqaddim (المقدم) The Expediter
72 Al-Mu'akhkhir (المؤخر) The Delayer
73 Al-Awwal (الأول) The First
74 Al-Akhir (الأخر) The Last
75 Az-Zahir (الظاهر) The Manifest One
76 Al-Batin (الباطن) The Hidden One
77 Al-Wali (الوالي) The Protecting Friend
78 Al-Muta'ali (المتعالي) The Supreme One
79 Al-Barr (البر) The Doer of Good
80 At-Tawwab (التواب) The Guide to Repentance
81 Al-Muntaqim (المنتقم) The Avenger
82 Al-'Afuww (العفو) The Forgiver
33 Ar-Ra'uf (الرؤوف) The Clement
84 Malik-al-Mulk (مالك الملك) The Owner of All
85 Dhu-al-Jalal wa-al-Ikram (ذو الجلال و الإكرام) The Lord of Majesty and Bounty
86 Al-Muqsit (المقسط) The Equitable One
87 Al-Jami' (الجامع) The Gatherer
88 Al-Ghani (الغنى) The Rich One
89 Al-Mughni (المغنى) The Enricher
90 Al-Mani'(المانع) The Preventer of Harm
91 Ad-Darr (الضار) The Creator of The Harmful
92 An-Nafi' (النافع) The Creator of Good
93 An-Nur (النور) The Light
94 Al-Hadi (الهادي) The Guide
95 Al-Badi (البديع) The Originator
96 Al-Baqi (الباقي) The Everlasting One
97 Al-Warith (الوارث) The Inheritor of All
98 Ar-Rashid (الرشيد) The Righteous Teacher
99 As-Sabur (الصبور) The Patient One