Aug 20, 2009
keputusan mesyuarat rabu 19hb August 2009
1. Malam Markaz (perhimpunan mingguan) ditukar kepada hari JUMAAT malam SABTU daripada Sabtu Malam Ahad.
2. Malam Mesyuarat Markaz Penanti ditukar kepada hari Selasa daripada Rabu.
Semua untuk kebaikan sekelian Umat.
Jun 12, 2009
Puisi Orang Tabligh
Orang Tabligh,
Ntah sape la yg bagi nama,
Sedangkan kita sumer kan sama,
Umat Nabi SAW semuanye,
Kerja dakwah kan tanggungjawab bersama,
Nabi dah xde, kalau kita tak buat, sape pula,
x kan la keje ustaz dan ulama saja,
Yg kita nih, xkan nak goyang kaki saje2?
Orang Tabligh,
Lari!!Larii!Orang Tabligh dtg,
Yg tadi ramai,sekelip mata je dah ilang,
Yg td segar bugar dah tido terlentang,
Yg sakit kaki pun bleh terjun tingkap lari lintang pukang, Heh..betul la kata orang, Nak ajak manusia pada Allah bukannya keje senang.
Orang Tabligh,
Ajak keluar khuruj, bukannya nanti x pulang,
Yg baru dapat gaji pun kata xde duit,nak bayar hutang,
Yg tadi sihat pun tiba2 migrain plak datang,
Yg menganggur pun buat2 sibuk bukan kepalang,
Heh, dakwah ni takat cakap je mmg la senang,
Cuba buat, mmg nak kena sabar,nak kena tenang,
Lain la kalau ajak pada dunia, bondong2 org dtg.
Orang Tabligh, Lorong ke lorong, hati ke hati, pintu ke pintu, Jumpe sumer orang tak pilih bulu, Dari ustaz sampai le kutu, Sume nak ditemu, Nak diajak pd Allah yg satu.
Orang Tabligh, Jalan bawak periuk belanga,
Dipandang org takat sebelah mata,
Dituduh jahil,tinggal dunia perkara biasa,
Walaupun kekadang pedih gak telinga,
Nabi dulu2 pun kan selalu kena,
Dituduh dusta, dipanggil gila,
Itu Nabi, apatah lagi kita,
Yg banyak salah,yg banyak dosa,
Takpe2, Allah kan ada,
Yg Maha Mengetahui,yg mana intan, yg mana kaca.
Orang Tabligh, Kekadang buat silap...adat la manusia,
Mmg tgh nak belajar2 tiru sahabat(r. anhum) yg dah terbukti berjaya, Terpancung, terlaser..sori,bukannya sengaja, Nak dapat hikmah dlm berdakwah mmg amik masa, Kena keluar lagi dan lagi la nampaknya.
Orang Tabligh,
Ada kat mana2,
Kat US, Afrika, kat Israel pun ada,
Dari petani, engineer, sampai la Raja,
Pelbagai adat, perangai beza2,
Tapi bleh makan dlm dulang yg sama,
Bila keluar jemaah sumer dilayan serupa,
Bila nak berpisah..isk2..kluar plak air mata.
Orang Tabligh,
Nak hidupkan sunnah Nabi,
Janggut, jubah,seluar atas buku lali,
Kalau nak diikutkan, mmg ader byk lagi,
Kekadang tu kena gak perli,
"Kita skang kan di zaman IT"
"Tak main la sunnah2 nih!"
Jgn la mcm tu bang, kita kan nanti mati,
Kang menyesal esok, sapa yg rugi?
Kan diri sendiri..
Orang Tabligh, Manusia biasa, ada hati,
Sedih bila diperli,sakit bila dimaki,
Bila tinggalkan rumah, rindukan famili,
Kalau nak ikutkan hati, mmg nak dok rumah, bergurau dgn bini, Or ajak anak main lari2, Or layan PS2 sampai pagi, Tapi untuk mengejar kebahagiaan abadi, Kena korban lagi dan lagi, Yela..hidup ni kan cuma sekali, Kalau sekang tak buat jyunbi(persiapan), bila lagi?
Orang Tabligh,
Malam2 doa hidayat,
Fikir risau,camne nak selamatkan umat,
Supaya di akhirat suk semua selamat,
Orang skang ingat hidayat bleh senang2 dapat,
Tak perlu susah2,tak perlu keringat,
N tak mau plak jumpe masyarakat,
Just bz buat ibadat,
Kalau camtu xde la kita ni "The Best Ummat".
Orang Tabligh, "Apsal la ulama India yg jadik ikutan??" Mmmm...kan Nabi dulu dah pesan, Sape saja yg bawak kebenaran, Tak kisah la orang Arab ke bukan, Sume kena bagi sokongan, Yg Allah pandang bukan luaran tapi kan Iman, Bab mazhab jgn bimbang still sendiri punye pegangan, So x jadik masalah la kan?
Orang Tabligh,
Ajak keluar 3 hari,
"I can't go..sorry!"
Yg dah kawin tak nak berenggang dgn isteri,
Yg si isteri mati2 tak nak suami dia pergi,
Berderai2 air mata keluar mcm air pili,
"Kalau abg nak gi jugak, antar saya blik kampung esok pagi!!" Heh, org laki mmg lemah bab air mata nih, Si suami pun letak balik beg,tak jadik pergi, Yg td josh(bersemangat) tak ingat pon, jadik lemah seluruh sendi, Kes2 camni mmg byk terjadi, Bleh tgk dgn mata kepala sendiri, Tp kalau bab dunia(cth:kursus naik pangkat),""no prob.,anytime kami ready!" Si isteri lambai pemergian suami dgn wajah berseri2, Hey, of course la, nanti husband I dpt naik gaji, Wife mana la yg tak happy, Heh..ni la realiti, Bab dunia, tak yah diajak pun semua pakat2 reti, Bab akhirat, masing2 buat x kesah,x amik peduli, Ya Allah selamatkan lah kami!
Orang Tabligh, Bukan nak takhta, harta, ataupun kuasa,
Atau nak berlagak mcm dah tera,
Tak jugak nak kafirkan sape2,
Atau sibuk2 pergi mintak derma,
Cuma nak amalkan agama yg sempurna,
Dgn korbankan sendiri punya diri,duit dan masa,
Nak selamatkan manusia kesemuanya,
Dari kena masuk neraka,
Nak supaya Allah redha,masukkan kita dlm syurgaNya,
Itu saja...
Orang tabligh seluruh dunia...naik kapalterbang...
pakai selipar jepun sahaje...
Ikhlas,..no sponsor....no subsidy.....
passport penuh cop many countries..
Ade yang kerja tukang kebun sahaja...
nak tanya nafkah batin?
Balik dari keluar, macam pengantin baru...
sama seperti balik dari fardhu haji..........
Sayangkan bini tingal-tinggalkan...
sayangkan anak...rotan digantungkan......sunnah nabi...
bukan untuk mendera...speed limit sahaja...
kenapa sibuk dakwah orang..keluarga,anak isteri belum betul lagi.. Nabi Nuh A.S. , anak isteri tak mau ikut...kalau Nabi Nuh ikut teori tersebut, tak naik bahteralah jadiknye... Abu Jahal bapa saudara Nabi Muhammad SAW tak mau ikut.. Kalau Nabi Muhammad SAW ikut teori tersebut... tak buat dakwahlah Nabi....tak sampailah Islam ke M'sia ni... Yang tabligh selekehkah, tak de ilmu,compang camping kah, berbaulah.. itu mungkin segelintir & cerita lama agaknya. You can't blame the teachers. You have to blame the distortions and ignorance of their followers. Balighuanni walau ayah...Saidina Abu Bakar received the first kalimat terus buat dakwah...if he waits tunggu complete ilmu, he will not be top performers after Nabi Muhammad SAW. Global politic & economy with no borders & chauvinism, M'sian, New Yorkers & Palestinians duduk makan satu talam in Nizamuddin.....
Jun 5, 2009
Sejarah Tabligh Malaysia
Gerakan Jamaah Tabligh diasaskan oleh Maulana Muhammad Ilyas (1885-1944). Beliau dilahirkan dan dibesarkan di Kandhela serta menerima pendidikan awalnya di Kuttab sekitar tahun 1896 bersama-sama abangnya Muhammad Yahya.
Sejarah kemunculan gerakan ini bermula di Mewat apabila beliau menubuhkan madrasah-madrasah untuk mendidik orang-orang di situ. Tetapi oleh kerana kurang sambutan maka dibentuknya sebuah jemaah yang bertugas untuk bertabligh dan melawat tempat-tempat tertentu selama beberapa hari. Selepas kematian abangnya iaitu Muhammad Yahya, pusat kegiatannya lalu berpindah ke Masjid Bangle Wali, Nizamuddin, New Delhi. Semenjak inilah gerakan Jamaah Tabligh terkenal ke seluruh India.
Di Malaysia pada mulanya gerakan Jamaah Tabligh berkembang di kalangan orang-orang India Muslim sahaja. Tokoh yang memperkenalkan gerakan ini ialah Maulana Abdul Malik Madani, yang datang ke Singapura dan Selangor sekitar tahun
1952 sebagai utusan dari markasnya di Nizamudin sendiri. Dari Singapura, beliau lalu datang ke Kuala Lumpur selama beberapa hari dan berangkat ke Ipoh dan Pulau Pinang lalu kembali ke Kuala Lumpur dan terus pulang ke India melalui Singapura.
Semasa di Kuala Lumpur beliau disambut oleh beberapa orang tokoh India Muslim seperti Dato' Daud Ahmad Merican, T. K. S Abdul Majeed dan S. O. K Ubaidullah. Melalui bantuan Imam Masjid India di Kuala Lumpur ketika itu, iaitu Mohamed Syed, Maulana Abdul Malik dapat menerangkan program tablighnya kepada orang-orang India-Muslim di sini.
Demikianlah sepanjang tahun 1950-1960 kegiatan Jamaah Tabligh ini tertumpu kepada kaum India Muslim sahaja. Namun begitu mulai tahun 1970-an bermulalah tahap yang kedua dalam sejarah Jamaah Tabligh di Malaysia iaitu apabila kegiatannya turut melibatkan orang-orang Melayu di dalamnya.
Jun 2, 2009
May 19, 2009
Markaz Malaysia
Bangunan & tempat ini sangat strategik untuk dijadikan markaz. Berada di tanah yang cukup luas, masjid ini terdiri dari tiga bangunan induk, dilengkapi dengan berbagai kemudahan - toilet, tempat wudhuk, tempat mandi, menjemur pakaian, tempat makan(taam) dan lain sebagainya. Semuanya dijaga dengan bersih dan rapi. Setiap waktu masjid ini dibersihkan oleh para jamaah yang sedang khidmat di markaz.
Di markaz ini, sebagaimana markaz-markaz Tabligh lain di seluruh dunia, hidup amalan 24 jam sehari semalam dengan berbagai aktiviti; da’wah, ta’lim dan taallum, ibadah dan dzikir serta khidmat, amalan-amalan tersebut merupakan amalan yang dihidupkan di Masjid Nabawi di jaman Rasulullah SAW dulu. Dengan asbab 4 amalan tersebut, Islam tersebar ke seluruh penjuru alam.
Aktiviti di pagi hari biasanya dimulai dengan bayan subuh, setelah itu ada musyawarah harian, kemudian amalan ta’lim, bayan hidayah untuk orang-orang yang akan keluar di jalan Allah dan bayan wabsi untuk orang-orang yang akan pulang ke rumah selepas mereka menghabiskan masa khuruj fi-sabillilah.
Lalu setelah shalat dzuhur ada amalan ta’lim. Kemudian setelah shalat ashar ada karguzari, laporan perjalanan orang-orang yang baru pulang dari khuruj. Kemudian setelah maghrib, ada bayan maghrib dan setelah Isya, ada pembacaan kitab Hayatussahabah, kisah hidup para sahabat, orang-orang terbaik yang pernah hidup di muka bumi ini. Setelah itu, para jamaah melakukan amalan-amalan infradi, baca Alquran, shalat sunnat, dzikir atau amalan-amalan lainnya. Pada jam 03.00 @ 04.00 tengah malam jamaah biasanya sudah bangun kembali untuk melaksanakan shalat tahajud.
Di markaz ini, sebagaimana markaz lain, setiap hari jamaah akan datang dan pergi, baik dari dalam negeri maupun jamaah-yang datang dari luar negeri. Jamaah yang datang dari luar negeri ke masjid ini selalu dilayani dengan istimewa. Mereka memperlakukan para tamunya sebagai tamu-tamu Allah yang harus dilayani dengan sebaik-baiknya. Semua keperluan, dari mulai tempat istirehat, makanan dan kemudahan lainnya tersedia dengan lengkap, semuanya free!.
Di markaz ini juga terdapat sebuah madrasah bernama Madrasah Miftahul ulum, jumlah pelajar ada sekitar 150, kesemua pelajar ini adalah persedian Untuk menjadikan pelapes bagi orang-orang alim dan hafidz Alquran, yang akan memandu ummat ini dimasa-masa yang akan datang.
Di Markaz Sri Petaling ini kita juga akan dapat berjumpa dengan orang-orang tua kita dari Malaysia yang telah banyak menghabiskan hari-hari dalam kehidupan mereka untuk agama.
May 17, 2009
Nisab
1. First pass 120 days(3 chilla, 4 month) continuously in the path of ALLAH .
2. After returning from the Path of ALLAH continuously do the 5 amal.They are as follows:
a. Talim for half an hour in the mosque and half an hour in the home every day.
b. Daily fikir about din in the local mosque.
c. Daily give dawah to the local people to ALLAH for 2 and half an hour.
d. In week do two gast(gathering in the mosque to call the people to ALLAH which is done in a very special way). One in the local mosque and one in the second mosque.
e. And pass 3 days in a row in each month in the path of ALLAH, pass one chilla(40 days continuously) in each year.
Dear brother, these all are collectively call tablighi Nisab. Any one can obey this nisab it will easy for him to safe iman in this bad world and make ALLAH happy with him.
May 16, 2009
Ijtimak Malaysia 2009 (9-12 Julai)
- Semua orang lama diminta keluar 4 bulan sebelum ijtimak dan 40 hari selepas ijtimak atau sekurang2nya 40 hari sebelum ijtimak dan 4 bulan selepas ijtimak.
- Ijtimak seperti hujan lebat. Tanah perlu digemburkan sebelum hujan supaya hujan yang turun dapat dimanfaatkan. Jika tanah tak disediakan, air tak dapat diserap ke bumi dan mengalir ke tempat lain dengan sia2 sahaja.
- Jika kita tidak menyempurnakan tujuan ijtimak, fitnah yang besar akan melanda umat. Umat akan sangka agama ini hanyalah kumpul ramai2 dan mendengar ceramah kemudian bersurai tanpa sebarang amal dibuat.
- Orang yang bekerja dengan majikan kena mohon cuti. Jika cuti tak lulus, buat rayuan. Jika tak dapat juga kena tambah masa di masjid sendiri. Balik dari pejabat terus ke masjid. Sediakan orang kampung pada amalan agama. Hidupkan masjid 24 jam dengan 5 amalan masjid Nabawi. Lewat malam baru baik ke rumah.
- Sediakan isteri dan anak2 dengan fikir yang sama. Rumah2 perlu hidup dengan amalan masjid.
- Sebaik2nya orang yang hadir ijtimak telah dikeluarkan 3 hari supaya dapat menjaga amal semasa ijtimak.
- JANGAN kata ini ijtimak dunia tapi kata ini ijtimak Malaysia.
- JANGAN sebut nama2 elders yang akan hadir secara khusus. Ini akan menyulitkan kedatangan mereka nanti.
- JANGAN kata ratusan ribu akan datang, tapi kata ramai dijangka hadir.
- Elders kata kerja untuk ijtimak perlu 500 batu maju kehadapan tapi iklan/propaganda mengenainya perlu 500 batu kebelakang.
InsyaAllah dan wallahua'lam.




